Pengalaman Tengok Wayang 4DX Dengan Maxx ?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum.

Rabu - Wed | 06 October 2021


Orait tanpa melengahkan masa, aku akan start bercerita lah ~ Let's get started! 


    Beberapa hari yang lalu, pada tepat 1 October 2021.. ceh formal nya hehe. Aku dan husband (Bangyap) pergi lah ke IOI Mall di Putrajaya. Siapa yang stay di Bangi, tipu lah kalau tak pernah pergi kan.. hewhew. Ekceli pada mulanya aku just nak teman Bangyap pergi bank atas urusan kerja ajerrr. Pastu bila dah settle urusan di bank, aku cakap tak nak balik. Terjadilah drama dimana Bangyap kena memikiorrr nak bawak bini dia ni kemana laa kannn sebab takmo balik rumah 👀 Masa dalam kereta, Bangyap memecahkan kesunyian dengan bertanya " Alamanda ke IOI Mall?".. Teheeee ~ Maknanya dia dah tahu lah tujuan aku kekononnyaaa ikut nak teman dia ke bank tu takot dia bosan kerr.. Rupanya ada agenda lain ~ Harap dia tak serik lagi lah bawak aku teman dia ke bank nanti hihi😆


    Ehhh ! Lari topik pulaaa ~ Panjang nau mukadimahnya.. Jadi, nak dipendekkan cerita.. pendeklah sangat. HAHA .. Aku cakap je memana pun takpa asal bukan balik rumah jer. Dah lama weyy terperap di rumah PKP ni tak buat apa apa. Nak kemana pun ttttakkkkk ooolllllehh! So, dah alang-alang fasa 3 ni, apolagi.. ngajak je dulu kat tempat dekat dekat ni haa. Nak ajak ke Langkawi , tapi Bangyap taknak lagi.... tsk3.. dapat pergi mall dah satu rahmat. hheheh..


    Maka bermula lahh, kami tengok wayang 4DX! Jakun sikit sebab yo laa first time kan ~ hiwhiw. Kami tengok cerita Marvel , opkos lah cerita action kannn.. cerita tersebut berjudul Shang Chi. Taknak cerita pasal movie ni lagi dalam entry ni. Tapi boleh cakap, memang recommended. Syok dan tak bosan. Bagi aku laaa.. Ekceli banyak yang aku nak cerita apa yang kami buat whole day tu.. Tapi memandangkan tajuk aku kali ini tentang PENGALAMAN TENGOK WAYANG 4DX DENGAN MAXX . so aku terpaksa skip lah apa yang kami buat di IOI mall tu. kang ada yang tertidur pula menanti bila nak start betul betul ni. hihi..


    Aku start dengan 4DX dulu lah ya. Sebab yang latest ni aku tengok wayang 4DX. Manakala, wayang MAXX akan diceritakan selepas ini. sebab wayang MAXX aku tengok pada 18/9/2021 haritu.. 


WAYANG 4DX!


kiri ticket 4DX, kanan ticket MAXX

    Apa yang dimaksudkan dengan wayang 4DX ni ? Haaa zaman dulu tengok wayang 3D ja kan, yang kena pakai spect tu. hehehe aku pernah masuk sekali sahaja wayang 3D, tupun arwah abang kawan aku yang belanja. Arwah baik orangnya. sempat laa aku merasa masuk wayang time sekolah dipayung oleh arwah abang kawan aku tu. hehe.tak silap aku tengok cerita Maleficent masatu. Angelina Jolie berlakon tuuu ehek.. 


    Ok Backk to topic, wayang 4DX ni kita TAK PERLU nak pakai spect macam wayang 3D ya.. Haa wayang 4DX ni kelebihan dia.. Kerusi bergegar weyyyy hahaha. Mula mula tak biasa, rasa pening mual mual gitcheww pastu dah lama sikit, aku dah boleh adapt dengan suasana tengok wayang sambil kerusi bergegar. Bangyap cakap dia pening dan lebih suka wayang biasa ja. Tapi aku kan mudah terhibur, dan cepat juga bosan. so wayang 4DX ni memang sesuai untuk orang macam aku. hahaha bila kerusi asyik bergegar, kita pun auto rasa macam tak ngantuk. hahaha dulu pernah dalam wayang aku tertidur sebab kepishangan movie asyik menyembang ajaaa. 


    Haaa nak bagitau macam mana yang dimaksudkan lagi selain gegaran tu.. okey begini, contoh la ada scene si actor mendongak ke langit sambil melihat burung berkicauan kan.. so, secara tak langsung, seat yang kita duduk tu turut kebelakang macam seolah-olah kita juga sedang mendongak ke atas. Dan.. satu lagi, seat kita juga akan kebawah (curam kedepan) sekiranya ada scene seperti kereta si actor pandu hampir jatuh gaung ke, so kita akan rasa effect kerusi tu macam nak bagi kita jatuh juga haha. wow tak wow? best tak best tak?! 😍


    Btw gaiss, macam mana rupa wayang 4DX ni kan. kerusi di langit ke di awan macam Dragon Ball ke.. haaa rupa nya seperti gambar dibawah ye sayang sayang sumeee ~ 💓


haa rupanya lebih kurang macamni. ada rantai gitu ditengahnya.


    Kelainan atau kelebihan seat 4DX ni kan, dekat tempat kita duk letak air minuman tu kan, haa dekat situ ada tertulis "Water On" dan "Water Off". Sebab apaaa ? Haaa dah nama pun wayang 4D kannn.. dia lebih kurang effect, macam contohnya.. ada scene actor terkena percikan air laut kee, kena sembur air liur dengan member kee, actor tengah lompat lompat mandi hujan kee atau apa apa yang melibatkan terkena semburan atau percikan air, haa nanti kita pun turut merasakan effect "air" tersebut. Tak silap aku juga, di seat yang kita duduk tu, ada tempat spray air kat bahagian tepi telinga, so memang kita rasa la air tu dekat sahaja di seat kita. hehe. Aku suka ! HAHAHA suka sangat lah main ayaq ni kaannn ~ Manakala husband iolss pula rasa pening kepala dengan wayang 4DX ni haha susah la nak geng cemni! 👀


dah ready nak kena cemni di muka dan seluruh badan anda? Hihi


    Selain effect air, ada juga effect lain tauuu! Haaa best ke best sangat? hehek~  Apa kelebihan seterusnya ? Haaa kelebihannya adalaaahhhhh.. ada effect angin juga tau uolsss! Macam mana effect angin tuuu eaaaa? Haa kena bagi contoh lagi nampak gayanya ni. hehehe. Okay contohnyaaa.. bila actor berdepan dengan situasi seperti bawak kereta dalam ribut keee, terjun dari kapal terbang keee, haa nanti kita pun akan rasa effect "ribut dan angin" tu, pastu ada lah sikit percikan air dari kerusi kita. Haa nak dikaborkan, dekat seat kita duduk tu, ada macam satu paip kecik jaaa di bahagian kaki. mungkin untuk spray kottt ke kaki kita hehe bagi rasa effect tu lebih real lagi kan. best tauu. cuma cembiasaaa, menggigil lah kan. bayangkan dalam wayang biasa pun dah sejuk duduk dalam tu sebab aircond kan. ni dia boleh topup air dan angin pula bagi menyejukkan suasana dalam wayang 4DX ni. hahahaha husband aku cakap sejuk ngatt sampai rasa nak terkencing dalam seluar. begitu sekali sejuknya hihi.. tapi tak dinafikan memang jukjuk lerr ~ Aircond dah sejuk, tambah lagi effect effect sedemikian rupa hehe~


    Wahhh nampaknya entry kalini agak panjang ye kawan kawan. Sila sabar dan teruskan membaca. membaca amalan mulia. hihi. Tak berhenti sampai situ saja ya semua.. Kelebihan seterusnya adalah.. kita akan rasa macam ada effect kilat gitueww. macam mana eh nak kabor ~ Hmm.. contohnya macam ribut di tengah padang pasir, disertai kilat sambar menyambar. haaa begitulah. nanti korang akan rasakan yang kilat tu ada dalam wayang juga! hehehe sebab dekat siling wayang 4DX macam dah sediakan effect effect pengcahayaan tersebut. So far, aku terhibur dengan wayang 4DX ni. hihik.


    So, aku nak recommendkan wayang 4DX ni dekat korang semua yang mana belum pernah cuba wayang ni, jum lah kita jakun bersama sama. Haaa nak kabor juga, kerusi bergegar tu kan.. tahap gegaran dia tu TAK SAMA tau ! Gegaran tu akan ikut situasi scene yang sedang berlaku. Contoh macam seorang actor tengah naik kuda. So, kita tak akan rasa gegar yang teruk macam ribut petir semua tu. effect nya macam kita naik kuda jer, dengan bunyi "kede.. kede.. kede" hahaha macam bunyi kuda berjalan. effect sound dia pun jelas dan padu! Hebat kan. Bagi aku worth it lah~ Haa harga nya macam mana ? Sekejap lagi aku akan lampirkan gambar perbezaan harga ticket wayang 4DX dengan Wayang MAXX. btw, wayang MAXX tak ada banyak benda nak diceritakan pun. Aku lebih tertarik dengan wayang 4DX! 


SIAPA YANG TAK DISARANKAN TENGOK WAYANG 4DX NI ? 

🙅 Wanita Mengandung.

🙅 Warga Emas yang mempunyai penyakit seperti sakit jantung dan penyakit kronik.

🙅 Sesiapa sahaja yang mempunyai penyakit kronik.


WAYANG MAXX!

    Okay, sekarang aku akan cerita tentang kelebihan wayang MAXX pula ya. Wayang MAXX ni, macam wayang biasa sahaja. cuma yang bezanya adalahhh HALL DAN SCREEN NYA YANG BESAR berbeza dengan wayang biasa. harga juga boleh tahan laa ~ hahaha so bila aku masuk wayang MAXX ni dengan asben aku haritu, kami letak terlalu high expectation. hahaha so uols, kalau rasa nak jimat better ambik je wayang biasa. kalau nak labur mahal sikit, ambik yang 4DX terus. sebab wayang MAXX bezanya itu je lah yang aku dapat rasa. orang lain taktahu lah~ hahaha sebab macam masuk wayang biasa ajaaa. cuma harga lebih tinggi sebab nya adalah.. aku ulangi ye..

    Wayang MAXX ni HALL DAN SCREEN LEBIH BESAR dari wayang biasa. nak tahu macam mana rupanya? Haa boleh tengok gambar dibawah ni.. 


    Haa untuk pengetahuan korang, Wayang MAXX, BIG SCREEN, dan IMAX sebenarnya sama sahaja ciri-cirinya. Nama mereka sahaja berbeza. Nak tahu sebab apa nama berbeza walhal features dia sama sahaja iaitu wayangnya mempunyai hall dan screen yang sangat besar? Haa ini adalah keranaaa.. MAXX untuk GSC, BIG SCREEN untuk MBO, manakala IMAX pula untuk TGV. Itu sahaja yang membezakan mereka. hihi.


haa macamni lah screen wayang MAXX GSC yang aku tengok bulan lepas.

    Okay tu je lah kot. hehehe. Btw, aku rasa wayang MAXX ni SESUAI je untuk sesiapa pun. orang rabun teruk digalakkan tengok wayang MAXX ni hahaha kalau tak nampak juga, tak tahu ler nak kata apa dah. tengok screen dia nalaaaa punya besaq ~ 😆


    Orait, sekarang aku akan tunjuk perbezaan harga wayang 4DX dengan wayang MAXX ocei? Jum tengok gambar dibawah 💓


Kiri; Harga WAYANG MAXX | Kanan; Harga WAYANG 4DX

Untuk sesiapa yang tak berapa nampak dengan jelas aku taip lah harganya ya..

Harga WAYANG MAXX : RM 21/person

Harga WAYANG 4DX : RM 33.50/person

* Harga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. saya tidak pasti.


Btw aku nak..

RATE 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk WAYANG 4DX !

RATE 4/5 ⭐⭐⭐⭐ untuk WAYANG MAXX !


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi 💕