MOVIE: I AM LEGEND

 Assalamualaikum.

Selasa-Tue | 14 September 2021


    Bismillah hihi dah lama tak menulis blog kan gaisss. so, tanpa melengahkan masa hehe tajuk yang aku letak di atas ialah Movie: I am Legend. maksudnya, aku nak cerita sesikit lah tentang movie ni. nak kata review macam ya, macam tak. kekeke~

    Untuk sesiapa yang suka tengok cerita ZOMBIE macam aku. yesss, I am Legend (IAL) lerr acheritanyaa untuk korang. hihi

    hahaha ok jum start. review entry ni agak panjang. Siapa rajin baca digalakkan 😋

I Am Legend (2007)


    Movie ni dibintangi Will Smith, memang pelakon legend betul lah eaa.. hihi. Cerita dia gini..... mamat ni dia ada seekor anjing. anjing macam anjing polis tu laa. hehe bukan anjing comel kecik kecik gitewww.. anjing ni pemberian anaknya. anak dia bagi anjing ni dekat bapak dia si Will Smith ni, sejak kecik lahh. haa bapanya lah jaga anjing ni sampai besar.

    Kenapa ada mereka berdua sahaja ? Inilah yang dikatakan semua orang sudahpun menjadi ZOMBIE! Tapi bukan macam Zombie Kampung Pisang yang hampa duk layan tuu eeaaa.. haha tu zomba zombie kelakorrr.. nama Will Smith dalam film ni ialah Dr. Robert Neville. Tak silap aku lah kan, dia ni seorang ahli virologi tentera, lebih kurang macam doktor atau saintis tentera lah kot HAHAHA sorry kalau salah. dan Robert Neville ni juga antara manusia yang last last juga lah berjaya survive bersama anjingnya. Tapi aku nak bagitau lah, cerita ni sedih juga kayyy! hahahaha nak cerita sedih sebab apa, nanti kang orang cakap aku spoiler. kadang-kadang aku tak sedar terbagi minor spoiler kat orang. hahaha so maafin gue ya! 😝

    So, mamat Robert Neville ni nak cari cure lah atau orang cakap rawatan untuk pulihkan semula zombie-zombie yang tersakiti ni. ehhh silapp. zombie-zombie yang telah terjangkiti Krippin Virus iaitu wabak yang sudah pun melanda negara depa ni. Dah 3 tahun dia berada di Manhattan mencuba untuk mencari cure untuk melawan virus zombie tu lah, ditemani anjingnya yang setia, namanya Samantha. Panggil je Sam. hihi gegirl ke rupanyaaa~ 💕

    Haa btw aku nak bagitau sikit, zombie ni bukan macam zombie The Walking Dead eh, yang dok berjalan kejar mengejar manusia. hahaha. Zombie dalam movie ni macam Vampire uols. sebab dia tak boleh kena cahaya matahari atau sinaran UV ahh gitew lah rasanya.. Sebab tulah zombie cerita ni, hanya muncul dan bergiat aktif pada waktu malam sahaja. So nak gelar depa ni Zombie atau Vampire ni ? HAHAH sis is kompiusss lah~ rupa zombie tersebut, kurus kering dan botak.

    Nak dijadikan cerita, si Robert Neville ni pergi 'bersiar-siar' di bandar yang kekosongan tu menaiki kereta lah yeee. kereta sport giteww dengan kelajuan kereta yang entah lah speed macam mana, punya laju! hahaha mentang-mentang dah takda sesiapa di bandar tu. dan secara TIBA-TIBA!!

    hehehe.... secara tiba-tiba mereka ni (Robert Neville dan anjingnya, Sam) ternampak rusa. Apa tunggu lagi kan, sedap tuuu kalau dapat tangkap jadi dinner untuk malam nanti. hihihi. So mula lah aktiviti nak menangkap si rusa tu, tapi iyolaa kan, rusa kan lari lajuuuuu. so mereka ni perlu berhentikan kereta dan kejar secara manual iaitu berlari sebab dekat bandar tersebut penuh kereta yang dah lama dan rosak di bandar seperti gambar di bawah. 

haa begini keadaannya, cemana nak kejar rusa tu dengan kereta kan?


    Jadi, terpaksa lah mereka berkejaran. Lepastuuuuu, Si anjing mamat ni terlalu kusyuk mengejar sehinggalah dia termasuk ke dalam bangunan yang gelap dan kosong. dan sudah pastinya menjadi tempat berlindung zombie ketika disiang hari sebab taknak terkena cahaya matahari. Boleh bayangkan tak, betapa risaunya tuan dia, Robert Neville bila dia nampak anjing kesayangannya dia masuk ke bangunan yang dipenuhi zombie ~ Aaaa kalau aku, aku tak sanggup. dah la tinggal sorang-sorang ja di bandar yang kosong ni. opkos la anjing tu ja yang selalu menjadi peneman kan ? Pastu apa jadi ?

    Dengan keterpaksaan, masuklah Robert Neville ke dalam bangunan tersebut juga untuk mencari Sam, bukan lagi mencari rusa. huhuhu.. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga Sam, dan dalam ketika dia sedang mencari anjing nya, adalah dia ternampak zombie-zombie tersebut sedang hibernate, kumpul tenaga untuk malam ni lah kot, ann an annn? Robert Neville cepat-cepat panggil anjing dia ajak keluar dari sini. Tapi anjing dia masih berkeras dan tak bergerak. Ehhh ehh, kenapa ? Haaa mestilah ada sebabnya kan.. Jeng jeng jeng~ rupanya ada yang memeratiii.. hihihi mereka terus berlariiii sehingga jumpa jalan keluar semulaa. Sam juga terselamat. Ko mikirrr diorang ni insap ke, tak datang lagi? Hahaha.

    Kemudian, Si Robert Neville mempunyai idea menangkap salah satu zombie untuk diuji lah dimakmalnya. dia nak siasat cure untuk zombie-zombie tersebut. Berjaya atau tak? Kena tengok. Kang kalau semua aku cerita.. habislah korang nak tengok apa je? Semua dah tahu.. HAHAHA.. Haaa ada sesuatu yang menyebabkan zombie sangatttt marah dan menyerang rumah mamat ni atas kesilapan beliau. sooo perlu tengok okay !!! *actually aku pun dah penat menaip hahahahaha.

Robert Neville & Samantha known as Sam.

I AM LEGEND (Film)

Genre: Sci-Fi/Horror
Rating di Google : 4.5/5
Aku Rate : 4.9/5 (kenapa aku tak rate 5/5 sebab aku geram dengan... kalau cerita kang jadi spoiler lak)
Komen aku untuk hampa yang membaca : pergi lah tengok sekarang kay. hahaha kat netflix ada. best kay best. in shaa Allah, tak menyesal. siapa yang ada recommendation cerita zombie atau seakan-akan boleh suggest di ruangan komen. sebab aku memang peminat tegar cerita zombie. hahaha. terima kasih ~ lepasni aku akan review lagi beberapa cerita yang aku dah layan di netflix atau disney plus. hihi


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi 👍😘