Takoyaki Bangi Sedap Dan Murah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Khamis - Thu | 14 October 2021

TAKOYAKI BANGI SEDAP DAN MURAH ? EHHH BUKAN TU AJEEE. ISI BANYAK DAN TAK KEDEKUT BAHAN? MASIH ADA KE ABAD INI? πŸ˜‹


Wow ke wow sangat?!

    Ehem ehem.. siapa kat sini peminat tegar makanan ? Hahaha opkos lah fomfuan kannn terutamanyaa.. So, kat sini aku ada sedikit sepatah dua kata nak bercerita tentang takoyaki. Haaa, siapa kat sini suka makan takoyaki? Rugiii lahh siapa yang tak suka tu. Tapi untung lah siapa yang partner atau orang sekeliling dia tak makan takoyaki, sebab boleh bedal sensorang tanpa rasa serbasalah. EHHH!πŸ˜›πŸ˜› sis gurau jee ye. hehe~

    Ni review ikhlas dari hati yang suci lagi murni yerr. bukan paid review apatah lagi gift review hahaha siapa lah sis kan. Bukan instapemes, bukan twitpemes, bukan juga siapa-siapa. hanya seorang manusia yang kemetot sahaja ingin berkongsi rezeki. Mana tahu ada yang terbaca entry ini dan duduk berdekatan, boleh kita sama-sama support business hakak takoyaki ini. hihi.

    Sebenarnya dah banyak kali aku repeat order dengan hakak ni sebelum aku post entry ini. So, apa lagi? Memang sedap lah kan. Asyik duk repeat je memanjang. Dan aku juga dah try beberapa menu beliau. Antara menu yang aku order adalah seperti di atas dalam banner aku edit tu. Iaitu, Takoyaki Original, Takoyaki Cheese Spicy dan Cendol.

Ni Menu Dari Hakak Tu Yerr..

    Okay.. bila korang chat hakak tu nak order apa-apa.. Nanti beliau akan bagi menu di atas ni. So menu di atas ni bukan aku edit yer. Memang dari hakak tu punya hihi.

    Yang bestnya.. Kita boleh request dekat hakak tu nak takoyaki macam mana. Sebab kadang-kadang aku mengada mintak lain dari lain haha hakak tu layankan je lah. Moga murah rezeki selalu untuk beliau. Aamiin :) Haa apa yang aku request? Aku hanya request mendee simple je. Korang jangan menyusahkan hakak tu pula nak order nanti eyy. Hahaha. Aku cuma request Takoyaki Original Sotong tapi nak yang pedas. So, aku minta hakak tu tolong taburkan spice jer bagi dia jadi SPICY dan umpphhh! Memang kena dengan selera beta ! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    Sini lah aku payung sikit gambar-gambar Takoyaki, Cendol yang aku dah repeat berkali-kali. Benda baik kita kongsi ye dak~



25Pcs Takoyaki Cheese Spicy

    Haaa nampak dakk tuu.. Jangan meleleh air liur disini yer. eheee. Bahan atau isi memang tak kedekut. Murah pun murah dan sedap! Sebab tu aku repeat. So, Takoyaki di atas ni adalah takoyaki pertama aku beli dari hakak tu. Sotong dia besaq nak mampuih weii. Serius aku tak tipu πŸ˜› Bila gigit jaa seketul takoyaki ni, terasa dia punya sotong tu haa.

Okay lepastu.. tengok bawah ni, kita ada apa pulaaa..

Cendol

    Okay seperti yang uols nampakkk, cendol adalah salah satu minuman pebret aku. eh minuman ke ? Haa betul lah tu kennnnn.. Memang sedap tau. Hakak tu cod dekat korang sejuk sejuk gini lagi tau. Cod sampai 10 malam haaa. Kot malam baru nak merasa makan takoyaki dengan cendol, ha boleh order selagi tak tutup kedai hihi. Aku kadang kadang time lepas solat maghrib, rasa bosan-bosan ka apa, haa tangan ni gataiii lah chat hakak ni nak meng-order tako la cendol la macam macam punya perangai. Nasib Bangyap seorang yang penyabar. πŸ˜‚

    Haaaa ni diaaa, aku bawak naik Takoyaki makan kat bilik sebab acah acah busy laa main game kat laptop hahaha sambil mulut nak mengunyah. Yang aku order ni adalah.. Takoyaki Original Sotong Spicy dan Cendol. Haaa takoyaki ni lah yang aku request dekat hakak tu suruh letak banyak banyak spice. hihi. sedappp terok taktau nak habaq cemana dah!!



    Time ni aku share jee dengan Bangyap sebab baru je sudah makan nasi kat dapur tadi.. Tiberrr order Tako pulek. hahahaha Bangyap layankan aje..

    Haa nak dijadikan cerita lagi, ada suatu hari tu aku repeat lagi order, tapi kalini aku taknak share hahahaha, so aku order lah satu untuk Bangyap. Satu lagi untuk aku. Tapi kalini aku tak beli cendol. Minum jer air kosong. Amboihhhh semua nak syedapp syedapp ajee. hihi bagi diri sendiri sentap sikit. So, aku tanya lah Bangyap nak makan Takoyaki apa. Aku macam biasa lah, dah jadi favourite, Takoyaki Original Sotong Spicy. Manakala, Bangyap pula order Takoyaki Cheese Non-Spicy taknak pedas. Bangyap memang sejenis kurang makan pedas. Makan macam baby baby gitew. tak gemar pedas macam bini dia ni haa.. kalau boleh makan pedas sampai nak sembelit hahaha.

     Tapiii.. pada hari tu, aku terlupa dah nak ambik gambar sebab lapaqqq sangat. HAHAHA. makan sampai hilang separuh laa, baru teringat nak ambik gambar buat feedback dekat hakak tu. Aku memang sejenis orang yang suka bagi feedback berulang ulang kali kalau benda tu sedap atau bagus atau berkualiti hihi. so, here we gooo. Jum lah tengok takoyaki separuh kami ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†πŸ˜†


    Okay ini lahhhh, takoyaki separuh yang kami dah makan lepastu baru teringat nak ambik gamborr hahahaha. pape je lah. Asalkan ada ye dakkk. πŸ˜‚πŸ˜‚

    Hakak takoyaki tu ada selitkan menu yang dia print dan bagi pada aku. Mudah lah aku nak repeat untuk kesekian kali, aku simpan tau menu dia print tu. siap lekat kat almari hahaha, sebab tu lah aku rajin meng-order kat hakak ni. Mudah! Kalau lapar, order ajeeee. Hihi. Ni haa menu dia kasi, aku terkotorkan sedikit lah hahahaha.Sebab haritu aku makan takoyaki, sambil letak menu ni kat meja aku makan tu, so terkena sedikit sos nya haa.

Yeaaa, ini lah menu nya. Ada tambahan menu makanan disitu. mungkin bakal dibuka. hihi bestnyaaa. Semoga hakak ni murah rezeki dan akan perbanyakkan lagi menu makanan, boleh order macam macam jenis makanan lagi lepasni. Hihi.

Semalam pun aku order juga tauuu! Nampak tak punya sedap dan banyak isi serta murah. Sebabtu selalu repeat!

Haa setiap kali dapat makanan ni, aku perasan, ada sticker dilekat pada bekas ni. Hihi ni aku nak share sticker comel hakak tu.

sticker

    Dekat sticker ni, ada nombor whatsapp dan instagram hakak tu. So, kalau kita nak repeat lagi order tapi terlupa nak save number ka apa, boleh rujuk sticker ni, follow instagram dan save lah number beliau kat whatsapp ya bagi memudahkan kita nak repeat order lagi nanti hihii.

    Haa, good news untuk orang Bangi dan sekitarnya.. Hakak ni beroperasi di rumahnya tak silap. so kalau nak order, sangatlah dialu-alukan. Just whatsapp hakak tu dan beliau akan delivery pada kita sampai depan rumah tauuu. Jom kita sama-sama support hakak ni. Moga bisnes beliau terus maju dan berjaya kedepan lagi aamiin. Mudah-mudahan.. πŸ’“

MACAM MANA NAK CONTACT KITCHEN MEDINA NI?


Haa korang boleh contact hakak tu dekat sini ya :-
Jadi tunggu apa lagi? Jum lah order ramai- ramai ! Khusus untuk penduduk di BANGI DAN SEKITARNYA. Maklumat lanjut, sila tanya hakak takoyaki tu ye. thank you! Bye!πŸ’œ

Btw uols, jemput-jemput lah follow komik instagram aku yer, hihi klik jer gambar di atas ni. hihi. kesian aku terpaksa lukis laki aku jadi sotong jap. HAHAHA


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi! πŸ’“πŸ’›

Dah Boleh Rentas Negeri Tapi Sedih....

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Rabu - Wed | 13 October 2021

EH , EH .... DAH BOLEH RENTAS NEGERI ?!

Takpayah nak acah rentas hati sangat la Yanaaa, nanti Bangyap sembelih karang ~

    Haaa, benar kah semuaa ini? Macam tak percaya kan? Hihi same goes heree buddy ~ Aku pun rasa semua ini bagaikan mimpi.. hihi iyo lah kann, betapa lamanya kita terkurung terperap dalam rumah jerr. Kau tengok dinding, dinding tengok kau. Masing-masing dah jemu kan.. 

    "Eh sejak bila boleh merentas negeri ni?" Eh jap jap. Ada lagi ke yang tertinggal train ni? 🀣 Moga moga tak ada yang tertinggal berita gembira ni lah yerr. Mana bukti boleh merentas negeri tu haaa? Aiyooo hihi disebabkan masih rasa macam tak percaya.. Jom kita sama-sama menatapi dan menghayati poster ini sebaik mungkin sebelum ditarik balik nikmat ni. hahaha.


Menatapi tau bukan meratapi. hihi

    Merentas negeri ni berkuatkuasa pada 11 Oktober 2021 pada hari Isnin yang lalu... Ehh.. dah kena buat cuti peristiwa nii.. hahaha semua benda nak cuti peristiwa. Melampau tak sisturr..  πŸ‘…

    Tapi.. Tapi.. Ada yang menyedihkan aku ~  Hahaha sedih sebab dah boleh merentas negeri ka? Ehh bukannn! Risau kadang-kadang ehh. hihi.. Apa yang menyedihkan aku apabilaa.. Okayy jum bayangkan..

    Aku ada appointment braces di Kulim. Seperti yang kome tahu, aku sekarang menetap di Bangi Selangor selepas nikah. Tapi tempat untuk appointment braces tak boleh ditukar yee memandangkan aku buat braces memang dari sebelum kahwin lagi. Aku buat di Kulim lah kan. So sepanjang PKP, setiap bulan aku pasti ke balai. Bukan sebab kena tangkap polis yee, hahaha sebabnya adalah, untuk meminta kebenaran rentas negeri. 

gambar bertolak balik Bangi dari Kulim dah masa ni ehee


    Bayangkan... Berapa kali nak bayangkan tahh. Hahaha okay serius.. Macam biasa pada bulan 10 ni, aku ada appointment braces di Kulim pada 9 Oktober 2021 hari Sabtu. Masa tu aku mana laaa nak tahu PM bakal umumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober. Hahaha sikitttt je lagi tuu aiyooo. Aku pun merentas macam biasa la 9 Oktober tu dengan surat polis. aku minta sehari je lah. Hari appointment tu baru pergi balai untuk mintak kebenaran polis nak merentas negeri iaitu pada tarikh 9/10/2021 tersebut dan bakal pulang ke Bangi semula pada keesokannya. 

    Lari topik jappp ~ Dulu aku pernah nak update braces journey di blog. Tapi tulahhh terbantut sebab aku dah lama tak ada laptop. So, tak ada kemudahan nak update cerita-cerita tentang braces disini. Sekarang dah boleh update blog sebab aku dah dapat lappy baru sempena apa taktahu lah, husband saja nak bagi hadiah sebab jadi bini solehah kot.. 😜

    Okay back to topic.. Kami bertolak dari Bangi pada jam 11.30 pagi macamtu laa. Kami tiba di Kulim tepat pukul 3 petang. Alhamdullillah, Allah permudahkan segalanya. So.. macam biasa lah tiba di rumah, aku cuci muka , solat semua dan bersiap untuk ke klinik pada pukul 4 petang. Appointment aku memang pada pukul 4 petang ye. bukan saja saja datang lambat. πŸ˜› Lepas dah settle servis braces di klinik, kami pun cari makan di Giant Kulim. Lepastu balik rumah, dan Bangyap pun lena sampai ke malam. Disebabkan kami solat jamak, so aku biar lah dia tidur dengan aman. Penat kot drive harini pastu esok nak kena drive balik ke Bangi. Bukan dekat macam Bangi ke Putrajaya keee. Ni Bangi Selangor ke Kulim Kedah woi πŸ’€πŸ˜ 


Kesian Bangyap tidur dengan penuh kepenatan. Jarang-jarang nampak dia penat sampai macamni. Bini dia pulak kalut duk main game The Sims 4 sampai pukul 3 pagi masa ni. hahaha.

10 October 2021 (Ahad) — Bismillah. Pada tarikh ini,  sebagai rakyat yang berwibawa, telus dan jujur.. Aku dan Bangyap dah kena balik seperti yang telah dinyatakan dalam borang permit kebenaran merentas negeri. Elok je lepas dari roadblock kat Junjong tu.. Lepas keluar dari Jalan Valdor.. TIBA - TIBA!!!

Nampak takkk gigi besi ku itu. Hihi settle servis braces 9 Oktober ritu~

    Tudiaaa, capital letter terus dia punya tiba tiba tu.. hahaha.. Apa yang tiba-tiba? HAAA NI PARTTT YANG AKU SEDIH NI 😭😭😭😭😭😭😭 Hampa nak tauudaakkkk, lepas 20 minit kami keluar dari Kulim tuuu, tiba-tiba dengar kat radio pengumuman rentas negeri dibenarkan dan berkuatkuasa pada hari esok. Ya ampun.. Kalau kami pulang lewat sikit lagiiiii.. Mesti aku dah ajak Bangyap stay lagi sehari atau 2 hari. Hmm rindu pada keluarga tak terlepas pun walaupun balik sehari tu. Mana puas wey! Nak gosip ngan adik beradik pun dah ambik masa 3 hari 2 malam.. πŸ˜“

Lastly, aku pulang ke Bangi dengan hati yang kuciwaa dan rasa ralat dalam diri.. huwaaa ~

    Appreciation Post : Terima kasih kepada Omma, sudi masakkan Nasi Ayam yang sedappp dekat kami berdua sebelum bergerak pulang. Terima kasih kat Tok, selalu tumpangkan tempat tidur kat kami berdua sepanjang musim PKP takleh stay hotel, tok lah penyelamat hihi. Terima kasih juga kepada Cik Nora (Kawan Omma), selalu balik dari Bangi ke Kulim, ada ja yang Cik Nora bekalkan makanan untuk kami untuk dibawa pulang. Makanan CikNora masak pun semua sedap-sedap.





    Ni gambar aku dan Amar , dan gambar Bangyap dengan Amar juga. hihi ni kawan tadika aku masa kecik kecik dulu. Sampai sekarang kawan, lamaaa kan kan kan. Amar ni anak Cik Nora. Family mereka ni sangat lah baik dengan family aku. Ma shaa Allah. Moga mak aku dan CikNora terus bersahabat baik hingga syurga. Aamiin! πŸ’˜

12 Oktober 2021 (Selasa) — Pada tarikh ni, Bangyap bawak aku ke Bank macam biasa.. pastu ada lah drama aku taknak terus balik rumah lagi. Hahahaha cambiasa ler kan~ Aku cakap lah.. dah boleh merentas negeri hmm bosan duduk rumah jer. Pastu mula lah buat drama lapar sangat laa rasa macam tak sempat kalau balik rumah dah sebab rasa nak mati sangat dah sebab lapar. hahaha annoying nya aku.. So, Bangyap pun layankan ja drama tamil yang bini dia lakonkan ini.. Kami pun pergi ke IOI Mall. Macam biasa lah, ke IOI jer sebab dekat dan cepat.. Sampai je kat IOI Mall, aku dah fikir nak makan mana niii.. terlalu banyak pilihan kedai makan pun susah juga kan. Jem otak nak memilihnya..

    Dengan bantuan otak geliga sakti Bangyap, maka.. kami pun memilih Nandos sebagai tempat melepaskan nafsu makan plus melahap ni hihi. Lagipun kedai makan tu memang pebret aku dari zaman sebelum kahwin sebab kakak aku rajin bawak makan disitu. Sekarang, mengada dengan Bangyap pula la kann hihi. Thank you Bangyap layankan jaaa apa yang kita minta. Moga murah rezeki selalu hendaknya. Aamiinn! 
 
terhegeh sensorang dalam kereta masani. tengah bosan tunggu bangyap pi bank lama sangatπŸ‘€


Sebelum makanan sampaiii. Takpee makan Peri-peri Soup dulu. (mushroom soup)


    Sekarang ni takda dah waiter datang ambik order. kita kena scan menu sendiri, lepastu pilih menu dalam tu, dan purchase secara online jer. So, nanti makanan sampai lahh ke meja anda. Kalau tak bayar online, melangutt je lah korang di kedai tu. Hahaha melangut means menanti yang sia sia je lah. sebab makanan takkan sampai kalau tak order secara online.

Eh eh siapa punya nasi sampai 2 tong tu? HAHAHA

Alamak! Kantoi laaa aku punya yang 2 mangkuk nasi tu. Hahahaha ~ Kami order 1/4 Chicken dengan sides nya pula adalah, aku order spicy rice ja. Boleh pilih 2 sides.. So, sebabtu aku order dedua sides nya adalah nasi. sebab tak cukup nasi mangkuk kecik camtu. hahahaha bukan perut orang korea nak makan sikit - sikit ni. πŸ‘… 2 sides yang Bangyap pilih pula adalah.. Bread dan Spicy Rice. Roti tu dia nak cicah dalam mushroom soup tu.. 

Haa kami order yang set. So, mushroom soup dan air serta 2 sides tu memang dah include dalam set yang kami berdua pilih. Harga untuk satu set RM 29.90 ye guys.

Thanks bawak kita jenjalan cayangku ~

Masa ni duk fikir nak tengok wayang ke tak. Tapi memandangkan tak ada cerita best di wayang sekarang, kami pun cancel aje lah..

Ma shaa Allah, lepas makan lipstik pun hilang. hahahaha makan pun rakus, mau tak hilang lipstik kat bibir tu. πŸ‘„πŸ‘…


Okay sampai sini je lah aku update. Hahaha penat menaip dari tadi. Takut kalau masih menaip, jadi Novel jer nanti πŸ˜‹ Bye!

Terima Kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi! πŸ‘πŸ’˜

Pengalaman Tengok Wayang 4DX Dengan Maxx ?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum.

Rabu - Wed | 06 October 2021


Orait tanpa melengahkan masa, aku akan start bercerita lah ~ Let's get started! 


    Beberapa hari yang lalu, pada tepat 1 October 2021.. ceh formal nya hehe. Aku dan husband (Bangyap) pergi lah ke IOI Mall di Putrajaya. Siapa yang stay di Bangi, tipu lah kalau tak pernah pergi kan.. hewhew. Ekceli pada mulanya aku just nak teman Bangyap pergi bank atas urusan kerja ajerrr. Pastu bila dah settle urusan di bank, aku cakap tak nak balik. Terjadilah drama dimana Bangyap kena memikiorrr nak bawak bini dia ni kemana laa kannn sebab takmo balik rumah πŸ‘€ Masa dalam kereta, Bangyap memecahkan kesunyian dengan bertanya " Alamanda ke IOI Mall?".. Teheeee ~ Maknanya dia dah tahu lah tujuan aku kekononnyaaa ikut nak teman dia ke bank tu takot dia bosan kerr.. Rupanya ada agenda lain ~ Harap dia tak serik lagi lah bawak aku teman dia ke bank nanti hihiπŸ˜†


    Ehhh ! Lari topik pulaaa ~ Panjang nau mukadimahnya.. Jadi, nak dipendekkan cerita.. pendeklah sangat. HAHA .. Aku cakap je memana pun takpa asal bukan balik rumah jer. Dah lama weyy terperap di rumah PKP ni tak buat apa apa. Nak kemana pun ttttakkkkk ooolllllehh! So, dah alang-alang fasa 3 ni, apolagi.. ngajak je dulu kat tempat dekat dekat ni haa. Nak ajak ke Langkawi , tapi Bangyap taknak lagi.... tsk3.. dapat pergi mall dah satu rahmat. hheheh..


    Maka bermula lahh, kami tengok wayang 4DX! Jakun sikit sebab yo laa first time kan ~ hiwhiw. Kami tengok cerita Marvel , opkos lah cerita action kannn.. cerita tersebut berjudul Shang Chi. Taknak cerita pasal movie ni lagi dalam entry ni. Tapi boleh cakap, memang recommended. Syok dan tak bosan. Bagi aku laaa.. Ekceli banyak yang aku nak cerita apa yang kami buat whole day tu.. Tapi memandangkan tajuk aku kali ini tentang PENGALAMAN TENGOK WAYANG 4DX DENGAN MAXX . so aku terpaksa skip lah apa yang kami buat di IOI mall tu. kang ada yang tertidur pula menanti bila nak start betul betul ni. hihi..


    Aku start dengan 4DX dulu lah ya. Sebab yang latest ni aku tengok wayang 4DX. Manakala, wayang MAXX akan diceritakan selepas ini. sebab wayang MAXX aku tengok pada 18/9/2021 haritu.. 


WAYANG 4DX!


kiri ticket 4DX, kanan ticket MAXX

    Apa yang dimaksudkan dengan wayang 4DX ni ? Haaa zaman dulu tengok wayang 3D ja kan, yang kena pakai spect tu. hehehe aku pernah masuk sekali sahaja wayang 3D, tupun arwah abang kawan aku yang belanja. Arwah baik orangnya. sempat laa aku merasa masuk wayang time sekolah dipayung oleh arwah abang kawan aku tu. hehe.tak silap aku tengok cerita Maleficent masatu. Angelina Jolie berlakon tuuu ehek.. 


    Ok Backk to topic, wayang 4DX ni kita TAK PERLU nak pakai spect macam wayang 3D ya.. Haa wayang 4DX ni kelebihan dia.. Kerusi bergegar weyyyy hahaha. Mula mula tak biasa, rasa pening mual mual gitcheww pastu dah lama sikit, aku dah boleh adapt dengan suasana tengok wayang sambil kerusi bergegar. Bangyap cakap dia pening dan lebih suka wayang biasa ja. Tapi aku kan mudah terhibur, dan cepat juga bosan. so wayang 4DX ni memang sesuai untuk orang macam aku. hahaha bila kerusi asyik bergegar, kita pun auto rasa macam tak ngantuk. hahaha dulu pernah dalam wayang aku tertidur sebab kepishangan movie asyik menyembang ajaaa. 


    Haaa nak bagitau macam mana yang dimaksudkan lagi selain gegaran tu.. okey begini, contoh la ada scene si actor mendongak ke langit sambil melihat burung berkicauan kan.. so, secara tak langsung, seat yang kita duduk tu turut kebelakang macam seolah-olah kita juga sedang mendongak ke atas. Dan.. satu lagi, seat kita juga akan kebawah (curam kedepan) sekiranya ada scene seperti kereta si actor pandu hampir jatuh gaung ke, so kita akan rasa effect kerusi tu macam nak bagi kita jatuh juga haha. wow tak wow? best tak best tak?! 😍


    Btw gaiss, macam mana rupa wayang 4DX ni kan. kerusi di langit ke di awan macam Dragon Ball ke.. haaa rupa nya seperti gambar dibawah ye sayang sayang sumeee ~ πŸ’“


haa rupanya lebih kurang macamni. ada rantai gitu ditengahnya.


    Kelainan atau kelebihan seat 4DX ni kan, dekat tempat kita duk letak air minuman tu kan, haa dekat situ ada tertulis "Water On" dan "Water Off". Sebab apaaa ? Haaa dah nama pun wayang 4D kannn.. dia lebih kurang effect, macam contohnya.. ada scene actor terkena percikan air laut kee, kena sembur air liur dengan member kee, actor tengah lompat lompat mandi hujan kee atau apa apa yang melibatkan terkena semburan atau percikan air, haa nanti kita pun turut merasakan effect "air" tersebut. Tak silap aku juga, di seat yang kita duduk tu, ada tempat spray air kat bahagian tepi telinga, so memang kita rasa la air tu dekat sahaja di seat kita. hehe. Aku suka ! HAHAHA suka sangat lah main ayaq ni kaannn ~ Manakala husband iolss pula rasa pening kepala dengan wayang 4DX ni haha susah la nak geng cemni! πŸ‘€


dah ready nak kena cemni di muka dan seluruh badan anda? Hihi


    Selain effect air, ada juga effect lain tauuu! Haaa best ke best sangat? hehek~  Apa kelebihan seterusnya ? Haaa kelebihannya adalaaahhhhh.. ada effect angin juga tau uolsss! Macam mana effect angin tuuu eaaaa? Haa kena bagi contoh lagi nampak gayanya ni. hehehe. Okay contohnyaaa.. bila actor berdepan dengan situasi seperti bawak kereta dalam ribut keee, terjun dari kapal terbang keee, haa nanti kita pun akan rasa effect "ribut dan angin" tu, pastu ada lah sikit percikan air dari kerusi kita. Haa nak dikaborkan, dekat seat kita duduk tu, ada macam satu paip kecik jaaa di bahagian kaki. mungkin untuk spray kottt ke kaki kita hehe bagi rasa effect tu lebih real lagi kan. best tauu. cuma cembiasaaa, menggigil lah kan. bayangkan dalam wayang biasa pun dah sejuk duduk dalam tu sebab aircond kan. ni dia boleh topup air dan angin pula bagi menyejukkan suasana dalam wayang 4DX ni. hahahaha husband aku cakap sejuk ngatt sampai rasa nak terkencing dalam seluar. begitu sekali sejuknya hihi.. tapi tak dinafikan memang jukjuk lerr ~ Aircond dah sejuk, tambah lagi effect effect sedemikian rupa hehe~


    Wahhh nampaknya entry kalini agak panjang ye kawan kawan. Sila sabar dan teruskan membaca. membaca amalan mulia. hihi. Tak berhenti sampai situ saja ya semua.. Kelebihan seterusnya adalah.. kita akan rasa macam ada effect kilat gitueww. macam mana eh nak kabor ~ Hmm.. contohnya macam ribut di tengah padang pasir, disertai kilat sambar menyambar. haaa begitulah. nanti korang akan rasakan yang kilat tu ada dalam wayang juga! hehehe sebab dekat siling wayang 4DX macam dah sediakan effect effect pengcahayaan tersebut. So far, aku terhibur dengan wayang 4DX ni. hihik.


    So, aku nak recommendkan wayang 4DX ni dekat korang semua yang mana belum pernah cuba wayang ni, jum lah kita jakun bersama sama. Haaa nak kabor juga, kerusi bergegar tu kan.. tahap gegaran dia tu TAK SAMA tau ! Gegaran tu akan ikut situasi scene yang sedang berlaku. Contoh macam seorang actor tengah naik kuda. So, kita tak akan rasa gegar yang teruk macam ribut petir semua tu. effect nya macam kita naik kuda jer, dengan bunyi "kede.. kede.. kede" hahaha macam bunyi kuda berjalan. effect sound dia pun jelas dan padu! Hebat kan. Bagi aku worth it lah~ Haa harga nya macam mana ? Sekejap lagi aku akan lampirkan gambar perbezaan harga ticket wayang 4DX dengan Wayang MAXX. btw, wayang MAXX tak ada banyak benda nak diceritakan pun. Aku lebih tertarik dengan wayang 4DX! 


SIAPA YANG TAK DISARANKAN TENGOK WAYANG 4DX NI ? 

πŸ™… Wanita Mengandung.

πŸ™… Warga Emas yang mempunyai penyakit seperti sakit jantung dan penyakit kronik.

πŸ™… Sesiapa sahaja yang mempunyai penyakit kronik.


WAYANG MAXX!

    Okay, sekarang aku akan cerita tentang kelebihan wayang MAXX pula ya. Wayang MAXX ni, macam wayang biasa sahaja. cuma yang bezanya adalahhh HALL DAN SCREEN NYA YANG BESAR berbeza dengan wayang biasa. harga juga boleh tahan laa ~ hahaha so bila aku masuk wayang MAXX ni dengan asben aku haritu, kami letak terlalu high expectation. hahaha so uols, kalau rasa nak jimat better ambik je wayang biasa. kalau nak labur mahal sikit, ambik yang 4DX terus. sebab wayang MAXX bezanya itu je lah yang aku dapat rasa. orang lain taktahu lah~ hahaha sebab macam masuk wayang biasa ajaaa. cuma harga lebih tinggi sebab nya adalah.. aku ulangi ye..

    Wayang MAXX ni HALL DAN SCREEN LEBIH BESAR dari wayang biasa. nak tahu macam mana rupanya? Haa boleh tengok gambar dibawah ni.. 


    Haa untuk pengetahuan korang, Wayang MAXX, BIG SCREEN, dan IMAX sebenarnya sama sahaja ciri-cirinya. Nama mereka sahaja berbeza. Nak tahu sebab apa nama berbeza walhal features dia sama sahaja iaitu wayangnya mempunyai hall dan screen yang sangat besar? Haa ini adalah keranaaa.. MAXX untuk GSC, BIG SCREEN untuk MBO, manakala IMAX pula untuk TGV. Itu sahaja yang membezakan mereka. hihi.


haa macamni lah screen wayang MAXX GSC yang aku tengok bulan lepas.

    Okay tu je lah kot. hehehe. Btw, aku rasa wayang MAXX ni SESUAI je untuk sesiapa pun. orang rabun teruk digalakkan tengok wayang MAXX ni hahaha kalau tak nampak juga, tak tahu ler nak kata apa dah. tengok screen dia nalaaaa punya besaq ~ πŸ˜†


    Orait, sekarang aku akan tunjuk perbezaan harga wayang 4DX dengan wayang MAXX ocei? Jum tengok gambar dibawah πŸ’“


Kiri; Harga WAYANG MAXX | Kanan; Harga WAYANG 4DX

Untuk sesiapa yang tak berapa nampak dengan jelas aku taip lah harganya ya..

Harga WAYANG MAXX : RM 21/person

Harga WAYANG 4DX : RM 33.50/person

* Harga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. saya tidak pasti.


Btw aku nak..

RATE 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk WAYANG 4DX !

RATE 4/5 ⭐⭐⭐⭐ untuk WAYANG MAXX !


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi πŸ’•

MOVIE: I AM LEGEND

 Assalamualaikum.

Selasa-Tue | 14 September 2021


    Bismillah hihi dah lama tak menulis blog kan gaisss. so, tanpa melengahkan masa hehe tajuk yang aku letak di atas ialah Movie: I am Legend. maksudnya, aku nak cerita sesikit lah tentang movie ni. nak kata review macam ya, macam tak. kekeke~

    Untuk sesiapa yang suka tengok cerita ZOMBIE macam aku. yesss, I am Legend (IAL) lerr acheritanyaa untuk korang. hihi

    hahaha ok jum start. review entry ni agak panjang. Siapa rajin baca digalakkan πŸ˜‹

I Am Legend (2007)


    Movie ni dibintangi Will Smith, memang pelakon legend betul lah eaa.. hihi. Cerita dia gini..... mamat ni dia ada seekor anjing. anjing macam anjing polis tu laa. hehe bukan anjing comel kecik kecik gitewww.. anjing ni pemberian anaknya. anak dia bagi anjing ni dekat bapak dia si Will Smith ni, sejak kecik lahh. haa bapanya lah jaga anjing ni sampai besar.

    Kenapa ada mereka berdua sahaja ? Inilah yang dikatakan semua orang sudahpun menjadi ZOMBIE! Tapi bukan macam Zombie Kampung Pisang yang hampa duk layan tuu eeaaa.. haha tu zomba zombie kelakorrr.. nama Will Smith dalam film ni ialah Dr. Robert Neville. Tak silap aku lah kan, dia ni seorang ahli virologi tentera, lebih kurang macam doktor atau saintis tentera lah kot HAHAHA sorry kalau salah. dan Robert Neville ni juga antara manusia yang last last juga lah berjaya survive bersama anjingnya. Tapi aku nak bagitau lah, cerita ni sedih juga kayyy! hahahaha nak cerita sedih sebab apa, nanti kang orang cakap aku spoiler. kadang-kadang aku tak sedar terbagi minor spoiler kat orang. hahaha so maafin gue ya! 😝

    So, mamat Robert Neville ni nak cari cure lah atau orang cakap rawatan untuk pulihkan semula zombie-zombie yang tersakiti ni. ehhh silapp. zombie-zombie yang telah terjangkiti Krippin Virus iaitu wabak yang sudah pun melanda negara depa ni. Dah 3 tahun dia berada di Manhattan mencuba untuk mencari cure untuk melawan virus zombie tu lah, ditemani anjingnya yang setia, namanya Samantha. Panggil je Sam. hihi gegirl ke rupanyaaa~ πŸ’•

    Haa btw aku nak bagitau sikit, zombie ni bukan macam zombie The Walking Dead eh, yang dok berjalan kejar mengejar manusia. hahaha. Zombie dalam movie ni macam Vampire uols. sebab dia tak boleh kena cahaya matahari atau sinaran UV ahh gitew lah rasanya.. Sebab tulah zombie cerita ni, hanya muncul dan bergiat aktif pada waktu malam sahaja. So nak gelar depa ni Zombie atau Vampire ni ? HAHAH sis is kompiusss lah~ rupa zombie tersebut, kurus kering dan botak.

    Nak dijadikan cerita, si Robert Neville ni pergi 'bersiar-siar' di bandar yang kekosongan tu menaiki kereta lah yeee. kereta sport giteww dengan kelajuan kereta yang entah lah speed macam mana, punya laju! hahaha mentang-mentang dah takda sesiapa di bandar tu. dan secara TIBA-TIBA!!

    hehehe.... secara tiba-tiba mereka ni (Robert Neville dan anjingnya, Sam) ternampak rusa. Apa tunggu lagi kan, sedap tuuu kalau dapat tangkap jadi dinner untuk malam nanti. hihihi. So mula lah aktiviti nak menangkap si rusa tu, tapi iyolaa kan, rusa kan lari lajuuuuu. so mereka ni perlu berhentikan kereta dan kejar secara manual iaitu berlari sebab dekat bandar tersebut penuh kereta yang dah lama dan rosak di bandar seperti gambar di bawah. 

haa begini keadaannya, cemana nak kejar rusa tu dengan kereta kan?


    Jadi, terpaksa lah mereka berkejaran. Lepastuuuuu, Si anjing mamat ni terlalu kusyuk mengejar sehinggalah dia termasuk ke dalam bangunan yang gelap dan kosong. dan sudah pastinya menjadi tempat berlindung zombie ketika disiang hari sebab taknak terkena cahaya matahari. Boleh bayangkan tak, betapa risaunya tuan dia, Robert Neville bila dia nampak anjing kesayangannya dia masuk ke bangunan yang dipenuhi zombie ~ Aaaa kalau aku, aku tak sanggup. dah la tinggal sorang-sorang ja di bandar yang kosong ni. opkos la anjing tu ja yang selalu menjadi peneman kan ? Pastu apa jadi ?

    Dengan keterpaksaan, masuklah Robert Neville ke dalam bangunan tersebut juga untuk mencari Sam, bukan lagi mencari rusa. huhuhu.. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga Sam, dan dalam ketika dia sedang mencari anjing nya, adalah dia ternampak zombie-zombie tersebut sedang hibernate, kumpul tenaga untuk malam ni lah kot, ann an annn? Robert Neville cepat-cepat panggil anjing dia ajak keluar dari sini. Tapi anjing dia masih berkeras dan tak bergerak. Ehhh ehh, kenapa ? Haaa mestilah ada sebabnya kan.. Jeng jeng jeng~ rupanya ada yang memeratiii.. hihihi mereka terus berlariiii sehingga jumpa jalan keluar semulaa. Sam juga terselamat. Ko mikirrr diorang ni insap ke, tak datang lagi? Hahaha.

    Kemudian, Si Robert Neville mempunyai idea menangkap salah satu zombie untuk diuji lah dimakmalnya. dia nak siasat cure untuk zombie-zombie tersebut. Berjaya atau tak? Kena tengok. Kang kalau semua aku cerita.. habislah korang nak tengok apa je? Semua dah tahu.. HAHAHA.. Haaa ada sesuatu yang menyebabkan zombie sangatttt marah dan menyerang rumah mamat ni atas kesilapan beliau. sooo perlu tengok okay !!! *actually aku pun dah penat menaip hahahahaha.

Robert Neville & Samantha known as Sam.

I AM LEGEND (Film)

Genre: Sci-Fi/Horror
Rating di Google : 4.5/5
Aku Rate : 4.9/5 (kenapa aku tak rate 5/5 sebab aku geram dengan... kalau cerita kang jadi spoiler lak)
Komen aku untuk hampa yang membaca : pergi lah tengok sekarang kay. hahaha kat netflix ada. best kay best. in shaa Allah, tak menyesal. siapa yang ada recommendation cerita zombie atau seakan-akan boleh suggest di ruangan komen. sebab aku memang peminat tegar cerita zombie. hahaha. terima kasih ~ lepasni aku akan review lagi beberapa cerita yang aku dah layan di netflix atau disney plus. hihi


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi πŸ‘πŸ˜˜


Bertemu Lagi Kita...

Assalamualaikum.

Rabu | 24 Mac 2021

Hmm hi.. πŸ‘€ alamak. taktahu nak mula dari mana bhahaha sebab.. bayangkan lah dari 2017 gaise aku menyepi. tup tup muncul kembali. hahaha yang pasti aku tahu CikMai pasti merindui aku. member a.k.a sisturrr ku zaman blogging dari zaman 2010. pastu blog lama-lama aku lak boleh hilang. berapa kali tukar blog entah ler. hahaha. Alhamdullillah blog ni masih ingat lagi password. 

Kenapa tahun 2021 ni baru nak muncul ekkk???

Gulppppp! I have no answer for this question. HAHAHA sebab yela baru ada life nak update. selama ni aku menyepi je. entah apa aku buat pun aku taktau laa wei sepanjang hidup ni. kekeke

TAPIIIIII ! 😼😼😼

jeng jeng jeng~~ Last aku update 2017 kan? Dimana time tu aku masih study. Masih semester 2 TAKSILAP AKU LAAA. sebab aku habis study hujung tahun 2018. Nahh ~ Lama dah kan ? Tapi blog still tak berupdate pun.. HMMM.. 

Alhamdullillah, sekarang aku dah pun selamat jadi isteri orang di awal tahun 2021 haritu, pada bulan Januari lalu. hehehehe. Allah~ Rasa cepat je masa ni berlalu. tup tup dah nikohh.. masih tak terasa gitueee. Rasa macam masih muda dan mentah dan manjahhh kan. HAHAHAHA tapi itulah jodoh. tak disangka-sangka sebegitu sekali ia datang bergolek. ekekeke~


Rasa macam nak buat panjanggg lagi entry ni! Tak puas haa nak bercerita 1 entry ni. Haih nanti kome jemu lak dengan aku ~ tapi nanti aku post gambar nikah aku yeee.. tengah tunggu photographer hantar gambar lagi ni haa, tak hantor-hantor.. sadis jap πŸ’”πŸ’†πŸ˜“


In shaa Allah, aku akan slowly update kembali ya. sekarang ni update pun pakai Ipad laki den haha maklum lah laptop zaman study aku dah dirampas semula eheks. Redhooo jelaaa~ Btw, terima kasih bapak kasi pinjam lappy sepanjang Yana study dulu tsk3. Jangan buang software editing yana yeee πŸ‘‰πŸ‘ˆ 

ok lanjer cikit gambaq tak sememeh lakibini ini πŸ‘… teheeee~



Ok, takat ni ja la update kayy menandakan aku masih wujud walaupun blog dah lama usang ehek !