Dah Boleh Rentas Negeri Tapi Sedih....

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Rabu - Wed | 13 October 2021

EH , EH .... DAH BOLEH RENTAS NEGERI ?!

Takpayah nak acah rentas hati sangat la Yanaaa, nanti Bangyap sembelih karang ~

    Haaa, benar kah semuaa ini? Macam tak percaya kan? Hihi same goes heree buddy ~ Aku pun rasa semua ini bagaikan mimpi.. hihi iyo lah kann, betapa lamanya kita terkurung terperap dalam rumah jerr. Kau tengok dinding, dinding tengok kau. Masing-masing dah jemu kan.. 

    "Eh sejak bila boleh merentas negeri ni?" Eh jap jap. Ada lagi ke yang tertinggal train ni? 🀣 Moga moga tak ada yang tertinggal berita gembira ni lah yerr. Mana bukti boleh merentas negeri tu haaa? Aiyooo hihi disebabkan masih rasa macam tak percaya.. Jom kita sama-sama menatapi dan menghayati poster ini sebaik mungkin sebelum ditarik balik nikmat ni. hahaha.


Menatapi tau bukan meratapi. hihi

    Merentas negeri ni berkuatkuasa pada 11 Oktober 2021 pada hari Isnin yang lalu... Ehh.. dah kena buat cuti peristiwa nii.. hahaha semua benda nak cuti peristiwa. Melampau tak sisturr..  πŸ‘…

    Tapi.. Tapi.. Ada yang menyedihkan aku ~  Hahaha sedih sebab dah boleh merentas negeri ka? Ehh bukannn! Risau kadang-kadang ehh. hihi.. Apa yang menyedihkan aku apabilaa.. Okayy jum bayangkan..

    Aku ada appointment braces di Kulim. Seperti yang kome tahu, aku sekarang menetap di Bangi Selangor selepas nikah. Tapi tempat untuk appointment braces tak boleh ditukar yee memandangkan aku buat braces memang dari sebelum kahwin lagi. Aku buat di Kulim lah kan. So sepanjang PKP, setiap bulan aku pasti ke balai. Bukan sebab kena tangkap polis yee, hahaha sebabnya adalah, untuk meminta kebenaran rentas negeri. 

gambar bertolak balik Bangi dari Kulim dah masa ni ehee


    Bayangkan... Berapa kali nak bayangkan tahh. Hahaha okay serius.. Macam biasa pada bulan 10 ni, aku ada appointment braces di Kulim pada 9 Oktober 2021 hari Sabtu. Masa tu aku mana laaa nak tahu PM bakal umumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober. Hahaha sikitttt je lagi tuu aiyooo. Aku pun merentas macam biasa la 9 Oktober tu dengan surat polis. aku minta sehari je lah. Hari appointment tu baru pergi balai untuk mintak kebenaran polis nak merentas negeri iaitu pada tarikh 9/10/2021 tersebut dan bakal pulang ke Bangi semula pada keesokannya. 

    Lari topik jappp ~ Dulu aku pernah nak update braces journey di blog. Tapi tulahhh terbantut sebab aku dah lama tak ada laptop. So, tak ada kemudahan nak update cerita-cerita tentang braces disini. Sekarang dah boleh update blog sebab aku dah dapat lappy baru sempena apa taktahu lah, husband saja nak bagi hadiah sebab jadi bini solehah kot.. 😜

    Okay back to topic.. Kami bertolak dari Bangi pada jam 11.30 pagi macamtu laa. Kami tiba di Kulim tepat pukul 3 petang. Alhamdullillah, Allah permudahkan segalanya. So.. macam biasa lah tiba di rumah, aku cuci muka , solat semua dan bersiap untuk ke klinik pada pukul 4 petang. Appointment aku memang pada pukul 4 petang ye. bukan saja saja datang lambat. πŸ˜› Lepas dah settle servis braces di klinik, kami pun cari makan di Giant Kulim. Lepastu balik rumah, dan Bangyap pun lena sampai ke malam. Disebabkan kami solat jamak, so aku biar lah dia tidur dengan aman. Penat kot drive harini pastu esok nak kena drive balik ke Bangi. Bukan dekat macam Bangi ke Putrajaya keee. Ni Bangi Selangor ke Kulim Kedah woi πŸ’€πŸ˜ 


Kesian Bangyap tidur dengan penuh kepenatan. Jarang-jarang nampak dia penat sampai macamni. Bini dia pulak kalut duk main game The Sims 4 sampai pukul 3 pagi masa ni. hahaha.

10 October 2021 (Ahad) — Bismillah. Pada tarikh ini,  sebagai rakyat yang berwibawa, telus dan jujur.. Aku dan Bangyap dah kena balik seperti yang telah dinyatakan dalam borang permit kebenaran merentas negeri. Elok je lepas dari roadblock kat Junjong tu.. Lepas keluar dari Jalan Valdor.. TIBA - TIBA!!!

Nampak takkk gigi besi ku itu. Hihi settle servis braces 9 Oktober ritu~

    Tudiaaa, capital letter terus dia punya tiba tiba tu.. hahaha.. Apa yang tiba-tiba? HAAA NI PARTTT YANG AKU SEDIH NI 😭😭😭😭😭😭😭 Hampa nak tauudaakkkk, lepas 20 minit kami keluar dari Kulim tuuu, tiba-tiba dengar kat radio pengumuman rentas negeri dibenarkan dan berkuatkuasa pada hari esok. Ya ampun.. Kalau kami pulang lewat sikit lagiiiii.. Mesti aku dah ajak Bangyap stay lagi sehari atau 2 hari. Hmm rindu pada keluarga tak terlepas pun walaupun balik sehari tu. Mana puas wey! Nak gosip ngan adik beradik pun dah ambik masa 3 hari 2 malam.. πŸ˜“

Lastly, aku pulang ke Bangi dengan hati yang kuciwaa dan rasa ralat dalam diri.. huwaaa ~

    Appreciation Post : Terima kasih kepada Omma, sudi masakkan Nasi Ayam yang sedappp dekat kami berdua sebelum bergerak pulang. Terima kasih kat Tok, selalu tumpangkan tempat tidur kat kami berdua sepanjang musim PKP takleh stay hotel, tok lah penyelamat hihi. Terima kasih juga kepada Cik Nora (Kawan Omma), selalu balik dari Bangi ke Kulim, ada ja yang Cik Nora bekalkan makanan untuk kami untuk dibawa pulang. Makanan CikNora masak pun semua sedap-sedap.





    Ni gambar aku dan Amar , dan gambar Bangyap dengan Amar juga. hihi ni kawan tadika aku masa kecik kecik dulu. Sampai sekarang kawan, lamaaa kan kan kan. Amar ni anak Cik Nora. Family mereka ni sangat lah baik dengan family aku. Ma shaa Allah. Moga mak aku dan CikNora terus bersahabat baik hingga syurga. Aamiin! πŸ’˜

12 Oktober 2021 (Selasa) — Pada tarikh ni, Bangyap bawak aku ke Bank macam biasa.. pastu ada lah drama aku taknak terus balik rumah lagi. Hahahaha cambiasa ler kan~ Aku cakap lah.. dah boleh merentas negeri hmm bosan duduk rumah jer. Pastu mula lah buat drama lapar sangat laa rasa macam tak sempat kalau balik rumah dah sebab rasa nak mati sangat dah sebab lapar. hahaha annoying nya aku.. So, Bangyap pun layankan ja drama tamil yang bini dia lakonkan ini.. Kami pun pergi ke IOI Mall. Macam biasa lah, ke IOI jer sebab dekat dan cepat.. Sampai je kat IOI Mall, aku dah fikir nak makan mana niii.. terlalu banyak pilihan kedai makan pun susah juga kan. Jem otak nak memilihnya..

    Dengan bantuan otak geliga sakti Bangyap, maka.. kami pun memilih Nandos sebagai tempat melepaskan nafsu makan plus melahap ni hihi. Lagipun kedai makan tu memang pebret aku dari zaman sebelum kahwin sebab kakak aku rajin bawak makan disitu. Sekarang, mengada dengan Bangyap pula la kann hihi. Thank you Bangyap layankan jaaa apa yang kita minta. Moga murah rezeki selalu hendaknya. Aamiinn! 
 
terhegeh sensorang dalam kereta masani. tengah bosan tunggu bangyap pi bank lama sangatπŸ‘€


Sebelum makanan sampaiii. Takpee makan Peri-peri Soup dulu. (mushroom soup)


    Sekarang ni takda dah waiter datang ambik order. kita kena scan menu sendiri, lepastu pilih menu dalam tu, dan purchase secara online jer. So, nanti makanan sampai lahh ke meja anda. Kalau tak bayar online, melangutt je lah korang di kedai tu. Hahaha melangut means menanti yang sia sia je lah. sebab makanan takkan sampai kalau tak order secara online.

Eh eh siapa punya nasi sampai 2 tong tu? HAHAHA

Alamak! Kantoi laaa aku punya yang 2 mangkuk nasi tu. Hahahaha ~ Kami order 1/4 Chicken dengan sides nya pula adalah, aku order spicy rice ja. Boleh pilih 2 sides.. So, sebabtu aku order dedua sides nya adalah nasi. sebab tak cukup nasi mangkuk kecik camtu. hahahaha bukan perut orang korea nak makan sikit - sikit ni. πŸ‘… 2 sides yang Bangyap pilih pula adalah.. Bread dan Spicy Rice. Roti tu dia nak cicah dalam mushroom soup tu.. 

Haa kami order yang set. So, mushroom soup dan air serta 2 sides tu memang dah include dalam set yang kami berdua pilih. Harga untuk satu set RM 29.90 ye guys.

Thanks bawak kita jenjalan cayangku ~

Masa ni duk fikir nak tengok wayang ke tak. Tapi memandangkan tak ada cerita best di wayang sekarang, kami pun cancel aje lah..

Ma shaa Allah, lepas makan lipstik pun hilang. hahahaha makan pun rakus, mau tak hilang lipstik kat bibir tu. πŸ‘„πŸ‘…


Okay sampai sini je lah aku update. Hahaha penat menaip dari tadi. Takut kalau masih menaip, jadi Novel jer nanti πŸ˜‹ Bye!

Terima Kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi! πŸ‘πŸ’˜

No comments: