Bila Dah Jadi Hobi 👻

by - April 28, 2017

.Assalamualaikum&Haluuu tawan tawan..

👻👻👻👻👻👻👻

Haaa bila cakap pasai hobi, semua orang ada hobi masing-masing kan? Ada yang hobi dia naik beskat petang-petang. Hahaha beskat merujuk kepada basikal yee anak anak. Ada jugak hobi yang jenis duduk rumah belek buku (ulatbuku). Fuh siapa punya hobi latuuu, beruntung jadi manusia yang ada hobi sedemikian rupa. Ada orang hobi dia mengusik orang haaa, bapak i latu. Shh harap dia tak baca :p 

Aku pulak bila bosan menjelma dalam diri, aku suka berimaginasi, bila berimaginasi ni, kau tahu laa kan benda yang tak wujud atas mukabumi ni pun jadi wujud jugak. Hahaha. Dan hobi aku jugak membaca, tapi bukan baca buku, tapi baca kisah-kisah seram. Haha entah la padahal aku ni seketul manusia yang sangat-sangatlah penakut pada benda benda ghaib yang kita tak nampak ni. Kalau hijab manusia memang sedia sedia terbuka, aku takleh imagine dah macam mana hidup yang aku akan hadap setiap hari. Silap silap nak pergi tandas pun ajak mak teman lagi. Hihihi.. (boleh nampak ye tahap penakut dia tu, tupun lagi mau baca kisah seram)

Dah namapun dah sebati dalam diri menjadi HOBI. Kan? Haaa apa mau buat selain hashtag sis redho? Hmm hukk.. Tapi in reality aku takdalah penakut sangat (ceh, kejap takut kejap tidak, pehal lu ni yana?) Okay laa, act aku bila dalam situasi 'sedang berdepan dan hadap' "benda" tu, aku jadi normal je, rileks dan tak gelabah pun, sebab style aku, aku akan tercegat balik dan tengok benda tu (dalam masa yang sama, aku rasa sedar tak sedar sedang berdepan dengan benda ni). Kalau nak cerita pasal kolej kediaman yang aku duduk tu satgi lain kisahnya dari topik ni kan? Haha better aku submit je cerita aku terus kat satu laman web yang selalu aku baca kisah2 benar yang menyeramkan tu kan haha. 

So lama-lama aku pun terbiasa dah bila dulu aku selalu hadap dan nampak makhluk tersebut di kolej. Betul la orang kata, aku ni kalau masih duduk rumah memang sentiasa jadi penakut, tapi bila duk kolej aku start berani (sikit je tak banyak). Sebab kat kolej takda siapa nak tunggu kau macam mak kau tunggu kau berak kecik2 dulu kan hahahaha. Kadang aku pergi toilet kat kolej dalam 3 pagi macamtu, 'dia suka la ajak aku bermain dengan dia' time time camtu, Mereka kan aktif jam pagi buta macamtu. Hahaha kalau nak diceritakan macam macam kelibat aku nampak, rupanya boleh la jugak dikatakan berani tu kan. Muehehe.. Takda la lagi sampai terkencing dalam seluar ke apa hm :p

Siapa kat sini ada hobi yang sama dengan aku? Hobi yang pelik jugak lahh, dah la penakut, hobi pun berlawanan hahaha. Acah berani je lebih. kekeke, Bila dah bosan, benda ni dah jadi hobi dan sebati dalam hidup aku. Hobi aku adalahhh...


baca kisah seram di ..

(membekalkan cerita cerita seram dan yang pasti benar daripada manusia manusia di luar sana.)

Haaa kalau korang pun ada cerita seram nak dikongsikan, korang boleh submit dekat Fiksyen Shasha ni tauu, sebab aku akan sentiasa melawat fiksyen shasha hehe, especially sebelum cuti sem haritu. Setiap kali aku habis kelas je, hobi aku lepak di library kat uitm aku, then aku pergi login pc, (acah macam busy nak cari maklumat untuk esaimen je kan?) Hahaha bukan orang tahu aku nak buat apa hm hehehe, padahal aku pergi nak buka fiksyen shasha dan teladani kisah kisah seram muahaha. Sebab tu aku selalu berseorangan sebab kawan kawan aku tidak match dengan aku dan hobi aku. Sobs sobs hehe,

Kalau korang ada cerita seram yang menarik, korang boleh submit dekat SINI tau tau, pastu nanti aku pergi baca tau tau :p hihi..

Xoxo!
YanaJie.

You May Also Like

3 comments

  1. hahaha dah la penakut lepastu nak baca fiksyen shasha pulak kahkah.
    Kalau syed baca time tak duduk sorang-sorang. Kalau baca time sorang-sorang macam-macam duk imagine nanti.

    ReplyDelete
  2. Ayoyo.. selalu berimaginasi?? Mesti banyak idea kan ;)

    ReplyDelete

Thanks mengomel :D Mmmuahh ! Kihkih