Takoyaki Bangi Sedap Dan Murah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Khamis - Thu | 14 October 2021

TAKOYAKI BANGI SEDAP DAN MURAH ? EHHH BUKAN TU AJEEE. ISI BANYAK DAN TAK KEDEKUT BAHAN? MASIH ADA KE ABAD INI? 😋


Wow ke wow sangat?!

    Ehem ehem.. siapa kat sini peminat tegar makanan ? Hahaha opkos lah fomfuan kannn terutamanyaa.. So, kat sini aku ada sedikit sepatah dua kata nak bercerita tentang takoyaki. Haaa, siapa kat sini suka makan takoyaki? Rugiii lahh siapa yang tak suka tu. Tapi untung lah siapa yang partner atau orang sekeliling dia tak makan takoyaki, sebab boleh bedal sensorang tanpa rasa serbasalah. EHHH!😛😛 sis gurau jee ye. hehe~

    Ni review ikhlas dari hati yang suci lagi murni yerr. bukan paid review apatah lagi gift review hahaha siapa lah sis kan. Bukan instapemes, bukan twitpemes, bukan juga siapa-siapa. hanya seorang manusia yang kemetot sahaja ingin berkongsi rezeki. Mana tahu ada yang terbaca entry ini dan duduk berdekatan, boleh kita sama-sama support business hakak takoyaki ini. hihi.

    Sebenarnya dah banyak kali aku repeat order dengan hakak ni sebelum aku post entry ini. So, apa lagi? Memang sedap lah kan. Asyik duk repeat je memanjang. Dan aku juga dah try beberapa menu beliau. Antara menu yang aku order adalah seperti di atas dalam banner aku edit tu. Iaitu, Takoyaki Original, Takoyaki Cheese Spicy dan Cendol.

Ni Menu Dari Hakak Tu Yerr..

    Okay.. bila korang chat hakak tu nak order apa-apa.. Nanti beliau akan bagi menu di atas ni. So menu di atas ni bukan aku edit yer. Memang dari hakak tu punya hihi.

    Yang bestnya.. Kita boleh request dekat hakak tu nak takoyaki macam mana. Sebab kadang-kadang aku mengada mintak lain dari lain haha hakak tu layankan je lah. Moga murah rezeki selalu untuk beliau. Aamiin :) Haa apa yang aku request? Aku hanya request mendee simple je. Korang jangan menyusahkan hakak tu pula nak order nanti eyy. Hahaha. Aku cuma request Takoyaki Original Sotong tapi nak yang pedas. So, aku minta hakak tu tolong taburkan spice jer bagi dia jadi SPICY dan umpphhh! Memang kena dengan selera beta ! 😋😋😋

    Sini lah aku payung sikit gambar-gambar Takoyaki, Cendol yang aku dah repeat berkali-kali. Benda baik kita kongsi ye dak~



25Pcs Takoyaki Cheese Spicy

    Haaa nampak dakk tuu.. Jangan meleleh air liur disini yer. eheee. Bahan atau isi memang tak kedekut. Murah pun murah dan sedap! Sebab tu aku repeat. So, Takoyaki di atas ni adalah takoyaki pertama aku beli dari hakak tu. Sotong dia besaq nak mampuih weii. Serius aku tak tipu 😛 Bila gigit jaa seketul takoyaki ni, terasa dia punya sotong tu haa.

Okay lepastu.. tengok bawah ni, kita ada apa pulaaa..

Cendol

    Okay seperti yang uols nampakkk, cendol adalah salah satu minuman pebret aku. eh minuman ke ? Haa betul lah tu kennnnn.. Memang sedap tau. Hakak tu cod dekat korang sejuk sejuk gini lagi tau. Cod sampai 10 malam haaa. Kot malam baru nak merasa makan takoyaki dengan cendol, ha boleh order selagi tak tutup kedai hihi. Aku kadang kadang time lepas solat maghrib, rasa bosan-bosan ka apa, haa tangan ni gataiii lah chat hakak ni nak meng-order tako la cendol la macam macam punya perangai. Nasib Bangyap seorang yang penyabar. 😂

    Haaaa ni diaaa, aku bawak naik Takoyaki makan kat bilik sebab acah acah busy laa main game kat laptop hahaha sambil mulut nak mengunyah. Yang aku order ni adalah.. Takoyaki Original Sotong Spicy dan Cendol. Haaa takoyaki ni lah yang aku request dekat hakak tu suruh letak banyak banyak spice. hihi. sedappp terok taktau nak habaq cemana dah!!



    Time ni aku share jee dengan Bangyap sebab baru je sudah makan nasi kat dapur tadi.. Tiberrr order Tako pulek. hahahaha Bangyap layankan aje..

    Haa nak dijadikan cerita lagi, ada suatu hari tu aku repeat lagi order, tapi kalini aku taknak share hahahaha, so aku order lah satu untuk Bangyap. Satu lagi untuk aku. Tapi kalini aku tak beli cendol. Minum jer air kosong. Amboihhhh semua nak syedapp syedapp ajee. hihi bagi diri sendiri sentap sikit. So, aku tanya lah Bangyap nak makan Takoyaki apa. Aku macam biasa lah, dah jadi favourite, Takoyaki Original Sotong Spicy. Manakala, Bangyap pula order Takoyaki Cheese Non-Spicy taknak pedas. Bangyap memang sejenis kurang makan pedas. Makan macam baby baby gitew. tak gemar pedas macam bini dia ni haa.. kalau boleh makan pedas sampai nak sembelit hahaha.

     Tapiii.. pada hari tu, aku terlupa dah nak ambik gambar sebab lapaqqq sangat. HAHAHA. makan sampai hilang separuh laa, baru teringat nak ambik gambar buat feedback dekat hakak tu. Aku memang sejenis orang yang suka bagi feedback berulang ulang kali kalau benda tu sedap atau bagus atau berkualiti hihi. so, here we gooo. Jum lah tengok takoyaki separuh kami ni 😂😂😆😆


    Okay ini lahhhh, takoyaki separuh yang kami dah makan lepastu baru teringat nak ambik gamborr hahahaha. pape je lah. Asalkan ada ye dakkk. 😂😂

    Hakak takoyaki tu ada selitkan menu yang dia print dan bagi pada aku. Mudah lah aku nak repeat untuk kesekian kali, aku simpan tau menu dia print tu. siap lekat kat almari hahaha, sebab tu lah aku rajin meng-order kat hakak ni. Mudah! Kalau lapar, order ajeeee. Hihi. Ni haa menu dia kasi, aku terkotorkan sedikit lah hahahaha.Sebab haritu aku makan takoyaki, sambil letak menu ni kat meja aku makan tu, so terkena sedikit sos nya haa.

Yeaaa, ini lah menu nya. Ada tambahan menu makanan disitu. mungkin bakal dibuka. hihi bestnyaaa. Semoga hakak ni murah rezeki dan akan perbanyakkan lagi menu makanan, boleh order macam macam jenis makanan lagi lepasni. Hihi.

Semalam pun aku order juga tauuu! Nampak tak punya sedap dan banyak isi serta murah. Sebabtu selalu repeat!

Haa setiap kali dapat makanan ni, aku perasan, ada sticker dilekat pada bekas ni. Hihi ni aku nak share sticker comel hakak tu.

sticker

    Dekat sticker ni, ada nombor whatsapp dan instagram hakak tu. So, kalau kita nak repeat lagi order tapi terlupa nak save number ka apa, boleh rujuk sticker ni, follow instagram dan save lah number beliau kat whatsapp ya bagi memudahkan kita nak repeat order lagi nanti hihii.

    Haa, good news untuk orang Bangi dan sekitarnya.. Hakak ni beroperasi di rumahnya tak silap. so kalau nak order, sangatlah dialu-alukan. Just whatsapp hakak tu dan beliau akan delivery pada kita sampai depan rumah tauuu. Jom kita sama-sama support hakak ni. Moga bisnes beliau terus maju dan berjaya kedepan lagi aamiin. Mudah-mudahan.. 💓

MACAM MANA NAK CONTACT KITCHEN MEDINA NI?


Haa korang boleh contact hakak tu dekat sini ya :-
Jadi tunggu apa lagi? Jum lah order ramai- ramai ! Khusus untuk penduduk di BANGI DAN SEKITARNYA. Maklumat lanjut, sila tanya hakak takoyaki tu ye. thank you! Bye!💜

Btw uols, jemput-jemput lah follow komik instagram aku yer, hihi klik jer gambar di atas ni. hihi. kesian aku terpaksa lukis laki aku jadi sotong jap. HAHAHA


Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi! 💓💛